Tuesday, August 1, 2017

Download Kitab Sir Al Asrar PDF Terjemahan

Download Kitab Sir Al Asrar PDF Terjemahan

Kitab Sir Al Asrar atau Sirul Asrar yang jika diterjemahkan, Kitab Rahasia di Dalam Rahasia, merupakan salah satu kitab tasawuf karya Syeikh Abdul Qadir Jaelani. Beliau merupakan tokoh sufi terkenal, pendiri tareqat Qadiriyah yang banyak kita temukan di Nusantara.

Syeikh Abdul Qadir Jaelani dilahirkan sekitar tahun 470/471 H atau1077M di sebuah wilayah bernama Jailan atau Kailan di Persia. Ayahanda Al-Jailani, Abu Salih Musa al-Hasani, adalah dari keturunan Hassan bin Ali, iaitu anakanda sulung Ali bin Abi Talib r.a. (menantu dan sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w) dan Fatimah r.a. (puteri baginda s.a.w.) Ibunda Al-Jailani adalah puteri kepada Abdullah Sawmai, yang juga keturunan dari Hussein bin Ali, adik kepada Hassan. Maka, Al-Jailani adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. melalui susur galur kedua-dua cucu baginda, Hassan dan Hussain.

Selain kitab Sir Al Asrar, terdapat juga beberapa karya lain dari Seikh Abdul Qadir jaelani, diantaranya :
  1. Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Kebenaran dan Agama). - Lima jilid dikarang Sheikh Abdul Qadir atas permintaan murid-muridnya, sebagai panduan yang lengkap bagisemua aspek kehidupan Islam, dalaman dan luaran.
  2. Futuh al-Ghaib (Pembuka Tabir Keghaiban) - 78 bahagian, agak pendek dan penyampaian yang terus dan sangat berkesan.
  3. Al-Fath ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian) - 62 bahagian, lebih panjang, disampaikan di Baghdad pada 545-546H.
  4. Jala' al-Khawatir (The Removal of Cares) - 45 bahagian, pada 546H.
  5. Malfuzat (Luahan Kata Sheikh Abdul Qadir) - Ini ialah koleksi ucapan beliau. Lazimya ditemui di penghujung mansukrip Arab untuk Fath ar-Rabbani.
  6. Khamsata 'Ashara Maktuban (Lima Belas Surat) - Ini ialah 15 pucuk surat yang ditulis beliau dalam bahasa Parsikepada salah seorang anak murid beliau.
  7. Al-Fuyudat al-Rabbaniyya (Anugerah Ketuhanan)
  8. Bashair al-Khairat (Khabar Gembira) - Selawat oleh Sheikh Abdul Qadir dengan kaedah yang diilhamkan dari Allah.
  9. Kitab Sirr al-Asrar wa Mazhar al-Anwar (Buku Rahsia dalam Rahsia dan Penzahiran Cahaya).

Download Kitab Sir Al Asrar / Sirul Asrar

Terjemahan Kitab Sir Al Asrar / Sirul Asrar yang akan Anda download pada postingan kali ini adalah kitab terjemahan dengan format PDF, sehingga bisa dibuka dan dibaca pada semua perangkat, PC maupun mobile. Jika Anda belum memiliki PDF viewer, terutama bagi pengguna PC silahkan untuk mendownloadnya terlebih dahulu.



Kitab ini bukan kitab hasil scan, di tulis ulang oleh seorang hamba Allah, (semoga Tuhan membalas jasa beliau), berikut link download kitabnya.

Download Kitab Sirul Asrar

Nasihat Syeikh Abdul Qadir Jaelani, dari Kitab Sir Al Asrar

Wahai pencari. Duduklah di atas lutut kamu di hadapan Tuhan kamu! 
Akui dan bertaubat terhadap kesalahan-kesalahan kamu! 
Tanggalkan daripada diri kamu segala kewujudan kebendaan! 
Akui dan bertaubat daripada dosa-dosa kamu yang lalu dan nantikan di pintu keampunan-Nya tanpa membawa apa-apa, dalam keadaan berhajat penuh kepada-Nya! 
Jika kamu lakukan ini tentunya kamu akan menerima rahmat-Nya, berkat-Nya,makrifat-Nya, kasih-Nya dan belas kasihan-Nya; dan semua dosa-dosa kamu dan kekotoran kamu akan hancur dan terlucut daripada kamu. Kerana Dia jualah Maha Besar, Pemurah,Penyayang, Tuhan yang kekal abadi, Maha Berkuasa!

Kami memohon keselamatan dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhamamd s.a.w, keturunan baginda, sahabat-sahabat baginda dan sekalian pengikut baginda. Segala puji dan syukur kepunyaan Allah; kami serahkan segala-galanya ke dalam tangan-Nya.

Demikian, semoga kita bisa mengambil pelajaran dari kitab Sirul Asrar ini, jika link download mati, minta tolong kami diinformasikan, terimakasih.