Wednesday, August 2, 2017

Biografi Lengkap Syeikh Abdul Qadir Jailani

Biografi Lengkap Syeikh Abdul Qadir Jailani

Pada kesempatan yang baik ini, Blog Para pejalan akan berbagi Biografi seorang tokoh sufi terkemuka yakni Biografi lengkap Syeikh Abdul Qadir Jailani. Pada Kesempatan sebelumnya, kami juga pernah share beberapa postingan tentang Beliau, diantaranya adalah :

  1. Kumpulan Pesan dan Nasihat Syeikh Abdul Qadir Jaelani
  2. Download Terjemahan Kitab Sir Al Asrar
Silahkan dibuka bagi sobat pejalan yang belum mebaca postingan diatas. Untuk dimaklumi, Postingan biografi Abdul Qadir Jailani ini menggunakan bahasa melayu, tapi menurut kami mudah difahami, kami melakukan penyesuaian bahasa ke bahasa indonesia pada beberapa bagian. Berikut adalah biografi lengkap Beliau.

Sayid Abu Muhammad Abdul Qadir lahir di Naif dalam daerah Jailan di negeri Farsi. Beliau lahir dalam bulan Ramadhan 470 Hijriah bersamaan dengan 1077 Masihi lebih kurang. Nama bapaknya adalah Abu Soleh, seorang yang taat kepada Allah dan keturunan Imam Hasan bin Ali iaitu anak yang tertua Saiyidina Ali, saudara sepupu Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam.

Ibunda beliau ialah seorang yang taat kepada Allah, merupakan keturunan Imam Hussin bin Ali, sehingga, Sayid Abdul Qadir Jailani ialah keturunan dari Hasan dan juga Hussin.

Dari semenjak kecil lagi beliau adalah seorang yang pendiam dan bersopan santun. Beliau suka bermenung sambil berfikir dan sangat cenderung kepada mistik (pengalaman kerohanian). Setelah umur beliau 18 tahun, beliau makin dahagakan ilmu dan ingin bersama-sama dengan orangorang soleh. Kemudian Beliau pergi ke Baghdad, yang pada masa itu menjadi pusat kajian ilmu islam dari berbagai disiplin.

Beliau diberi gelaran ‘Ghutsul A’zham, (wali Allah yang paling agung). Menurut istilah orang-orang sufi ghuts itu di bawah peringkat Nabi-Nabi dalam pangkat kerohanian dan dalam menyampaikan rahmat Allah dan kurniaNya kepada manusia. Ada Juga orang zaman sekarang ini yang mengatakan beliau itu adalah dalam peringkat “shodiqun” sebagaimana yang diperkatakan oleh Al-Qur’an bagi orang-orang seperti itu.

Ketika hendak pergi ke Baghdad, ibunya telah memasukkan 80 keping wang emas dalam bajunya dan dijahit di bawah ketiaknya. Sebelum berangkat pergi ibunya yang warak itu telah menasihati beliau supaya jangan berbohong walau dalam keadaan apapun.

Beliau berjanji tidak akan berbohong. Beliau pun pergi mengikuti satu qafilah yang hendak pergi ke Baghdad. Di tengah jalan disuatu tempat bernama Hamdan qafilah itu telah diserang oleh sekumpulan penyamun. Penyamun itu tidak mengendahkan Abdul Qadir kerana rupanya yang seperti orang miskin sahaja. Tetapi datang seorang penyamun bertanya kepada beliau apakah Dia memiliki uang.

Abdul Qadir teringat pesanan ibunya supaya jangan berbohong. Lantas beliau berkata: “Ya! aku ada 80 keping wang emas yang dijahit dalam bajuku oleh Ibuku.” Penyamun itupun terkejut melihat Abdul Qadir bercakap dengan terus terang.

Mereka terkejut melihat ada orang yang berterus terang dan tidak mahu berbohong. Mereka bawa Abdul Qadir berjumpa dengan ketua mereka dan beliau ditanya dengan pertanyaan yang sama.

Abdul Qadir menjawab seperti tadi jua. Ketua penyamun itu memerintahkan baju beliau dibuka. Apabila baju itu dibuka, maka benarlah ada 80 keping wang emas dalam baju itu. Sangatlah hairan ketua penyamun itu. Iapun bertanya kenapa beliau berkata jujur tentang keberadaan keping emasnya

Abdul Qadir pun menceritakan perkara beliau dengan ibunya itu dan pesanan ibunya itu supaya jangan bercakap bohong. Kata beliau lagi sekiranya dalam permulaan jalan menuntut ilmu agama itu beliau bercakap bohong, maka ada kemungkinan ilmu agama yang sebenarnya dicarinya itu tidak akan didapati dengan memuaskan hati.

Setelah mendengar jawaban Abdul Qadir Jailani, ketua penyamun itupun bercucuran air matanya menangis lalu rebah terduduk dan ia terus bertaubat dari segala dosanya yang terdahulu. Adalah dilaporkan bahawa ketua penyamun itulah murid beliau yang pertama.

Menuntut Ilmu Di Baghdad


Beliau mengalami kesusahan dan kepayahan masa belajar di Baghdad itu tetapi oleh kerana kecenderungan dan kemahuannya belajar, maka dapatlah beliau menguasai segala pelajaran beliau.

Beliau menjadi pelajar yang paling baik di masa itu. Beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah mufti yang paling besar di zamannya. Tetapi hatinya yang cenderung kepada kerohanian itu makin memberontak hendak keluar. Beliau selalu bermujahadah untuk menguasai nafsu amarah yang ada pada beliau itu.

Beliau selalu berpuasa dan tidak mahu meminta makanan dari sesiapa pun walaupun tidak makan beberapa hari lamanya. Beliau mencari orang-orang sufi di Baghdad dan bergaul dengan mereka. Dalam mencari-cari itu bertemulah beliau dengan seorang sufi bernama Hamad, seorang penjual syarabah (minuman) tetapi adalah seorang wali Allah yang besar di zamannnya.

Wali ini membimbing Abdul Qadir dalam Thariqah Sufiah. Hamad ialah seorang yang garang dan kasar dan layanan beliau terhadap Abdul Qadir ini sangatlah keras. Tetapi Abdul Qadir memandang semua itu sebagai cara membetulkan kerusakkan-kerusakkan yang ada pada dirinya.

Keluarga Syeikh Abdul Qadir Jailani


Sebelum tahun 521 Hijriah iaitu umur beliau 51 tahun tidaklah beliau menunjukkan dirinya kepada orang ramai dan tidak pernah berfikir hendak kahwin kerana sangkanya kahwin itu akan menghalang seseorang dalam perjalanan menuju Allah. Setelah beliau berumur 51 tahun, hasil dari bercampur dengan orang ramai dan juga kerana hendak menurut sunnah Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi
wasallam beliau pun berkahwin dan mempunyai 4 orang isteri.

Semua isteri beliau ini menjadi isteri yang baik dan taat kepada beliau. Beliau mempunyai 49 orang anak. Lelaki seramai 27 orang dan yang lain itu perempuan.

Empat orang anak beliau menjadi terkenal kerana pelajaran dan ilmunya.
  1.  Syeikh Abdul Wahab, anak yang sulung, menguasai ilmu yang luas dan dalam. Beliau diberi kuasa menjaga madrasah bapanya dalam tahun 543 Hijriah. Setelah bapanya meninggal dunia, beliau pula memberi syarahan dan memberi fatwa tentang syariat Islam. Beliau memegang jawatan dalam negeri dan seorang yang sangat popular.
  2. Syeikh Isa, guru hadith dan fuqaha agung. Beliau juga mengarang puisi. Beliau juga seorang pensyarah yang baik dan juga menulis kitab-kitab kesufian (sufism). Beliau tinggal dan meninggal dunia di Mesir.
  3. Syeikh Abdul Razak, seorang 'ulama dan hafaz hadith. Seperti bapanya beliau juga termasyhur dengan lurus dan benarnya. Beliau juga seperti bapanya tentang kesufiannya dan popular di Baghdad.
  4. Syeikh Musa, 'ulama yang ulung. Pindah ke Damsyik di mana ia meninggal dunia.

Pekerjaan Sehari-hari


Pekerjaan sehari-hari belaiu adalah memberi syarahan kepada orang ramai 3 kali seminggu. Disamping itu, tiap-tiap hari, pagi dan petang beliau mengajar tafsir, hadith dan hukum-hukum agama dan perkara-perkara yang bersangkutan.

Selepas sembahyang Zuhur, beliau menyampaikan fatwa tentang soal-soal hukum yang dikemukan kepada beliau dari seluruh dunia. Tiap-tiap petang sebelum Maghrib beliau membahagi-bahagikan roti kepada orang-orang miskin. Selepas sembahyang 'Asar, beliau duduk menanti waktu makan buka puasa kerana kebiasaannya berpuasa siang hari sepanjang tahun.

Sebelum makan beliau memanggil tetangga-tetangga beliau, siapa yang hendak makan bersama dengan beliau. Selepas sembahyang 'Isya beliau pun pergi ke kamarnya dan menggunakan sebahagian besarnya pada malam itu dengan ibadat kepada Allah seperti yang dikehendaki oleh Al-Qur'an. Sebagaimana pengikut Nabi yang sebenarnya beliau berkhidmat kepada kemanusiaan sepanjang hari dan kepada Allah sebahagian besar pada malam hari.

Meninggal Dunia



Selain mewarisi banyak karya tulisan, Syekh Abdul Qadir meninggalkan beberapa buah nasehat menjelang kewafatannya. Akhir hayat Syekh didahului dengan kondisi kesehatannya yang terus menurun. Kala itu putra-putranya menghampiri dan mengajukan sejumlah pertanyaan.

”Berilah aku wasiat, wahai ayahku. Apa yang harus aku kerjakan sepergian ayah nanti?” tanya putra sulungnya, Abdul Wahab.

”Engkau harus senantiasa bertaqwa kepada Allah. Jangan takut kepada siapapun, kecuali Allah. Setiap kebutuhan mintalah kepada-Nya. Jangan berpegang selain kepada tali-Nya. Carilah segalanya dari Allah,” jawab sang ayah.

”Aku diumpamakan seperti batang yang tanpa kulit,” sambung Syekh Abdul Qadir. ”Menjauhlah kalian dari sisiku sebab yang bersamamu itu hanyalah tubuh lahiriah saja, sementara selain kalian, aku bersama dengan batinku.”

Putra lainnya, Abdul Azis, bertanya tentang keadaannya. ”Jangan bertanya tentang apapun dan siapapun kepadaku. Aku sedang kembali dalam ilmu Allah,” sahut Syekh Abdul Qadir.

Ketika ditanya Abdul Jabar, putranya yang lain, ”Apakah yang dapat ayahanda rasakan dari tubuh ayahanda?” Syekh Abdul Qadir menjawab, ”Seluruh anggota tubuhku terasa sakit kecuali hatiku. Bagaimana ia dapat sakit, sedang ia benar-benar bersama dengan Allah.”

”Mintalah tolong kepada Tuhan yang tiada tuhan yang wajib disembah kecuali Dia. Dialah Dzat yang hidup, tidak akan mati, tidak pernah takut karena kehilangannya.” Kematian pun segera menghampiri Syekh Abdul Qadir.

Syekh Abdul Qadir al-Jainlani menghembuskan nafas terakhir di Baghdad, Sabtu bakda maghrib, 9 Rabiul Akhir 561 H atau 15 Januari 1166 M, pada usia 89 tahun. Dunia berduka atas kepulangannya, tapi generasi penerus hingga sekarang tetap setia melanjutkan ajaran dan perjuangannya. (Mahbib Khoiron)